SEJARAH

Sejarah Kampung Pekan Darat.


Peta Seberang Perai Sekitar tahun 1820
Berdasarkan sejarah lama yang ditulis mengatakan..."Dalam tahun 1791 Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1797) telah bersiap siaga bersama dengan angkatan tenteranya untuk memerangi penjajah Inggeris bagi merampas kembali Pulau Pinang yang telah diambil secara tipu helah oleh pihak Inggeris, malangnya pada ketika itu angkatan tentera baginda sultan telah tewas dalam serangan mengejut yang digempur melalui kapal laut oleh tentera-tentera Francis Light yang kebetulan berada di perairan Kuala Perai..."

Baginda Sultan dikatakan telah membuat keputusan untuk melakukan tindakan ketenteraan ke atas pihak Inggeris di Kampung Kota, Permatang Pasir. Baginda Sultan juga telah mengeluarkan arahan kepada pegawai tenteranya agar bersiap sedia dengan menempah senjata-senjata di Pekan Darat. Pahlawan-pahlawan bersama sekelian hamba rakyat juga dikatakan telah disuntik dengan ucapan bersemangat oleh baginda sultan untuk menaikkan semangat jihad menentang kafir musyirikin yang telah mencabuli kedaulatan Pulau Pinang. Peperangan bersejarah di antara Kerajaan Islam Kedah dan Inggeris ini juga dikatakan telah mendapat bantuan daripada pahlawan-pahlawan Aceh, Perak, Patani, Johor, Brunei, Kepulauan Mindanao dan Ianun yang datang untuk memerangi kedajalan pihak Inggeris di Pulau Pinang..."

Peperangan yang berlaku 224 tahun yang lalu ini adalah amat penting untuk mempertahankan maruah Islam dan tanahair daripada jatuh ke tangan orang kafir musyirikin, maka dengan itu kerajaan Islam Kedah telah mengarahkan agar seribu buah perahu disediakan untuk menyerang Pulau Pinang dari Kuala Perai. Angkatan Perang baginda sultan yang sedang berkubu di Kuala Perai dikatakan telah di serang hendap terlebih dahulu oleh Kapten Francis Light yang pada ketika itu telah mengarahkan pembantunya “Kapten Andrew Glass" untuk memulakan serangan ke atas tentera Kedah. Peperangan ini berlaku pada tarikh 12 April 1791, jam 4.00 pagi di Kuala Perai, iaitu kawasan di belakang Sekolah Kebangsaan Kuala Perai..."

Serangan mengejut yang dilakukan oleh empat buah kapal perang bernama Dolphin, Princess, Augusta dan Valient berserta tiga lagi kompeni askar-askar "Sipahi dan Sepoi" dikatakan telah membedil pertahanan tentera Kedah di Kuala Perai. Peperangan sengit di antara tentera Kedah dan askar-askar Sipahi yang berlarutan selama empat hari itu telah memberi kelebihan kepada Syarikat Hindia Timur yang dikatakan mempunyai pelbagai kelengkapan senjata moden serta askar-askarnya yang terlatih, maka dengan kelebihan ini pihak mereka dengan mudah dapat menewaskan askar-askar Sultan Kedah. Kubu-kubu perang yang dibina oleh baginda sultan di Bagan Dalam dan Kuala Perai juga telah musnah dalam serangan bom oleh kapal-kapal perang pihak Inggeris."

Dahulunya Pertukangan besi sangat aktif di Pekan Darat, Permatang Benuan hingga ke Permatang Tok Jaya, keris, pedang, parang, alatan petani mengerjakan sawah seperti tajah, cangkul juga dibuat disini. Ketika zaman perang Kedah Siam senjata dihasilkan sebahagiannya disini juga temasuk peluru meriam. Hatta, cop Mohor Kedah juga ada ketikanya ditempah disini juga. demikian kepakaran pandai besi yang masyhur disini masih diusahakan di Pekan Darat sahaja.

 Sejarah Nama Kampung Pekan Darat

Nama Pekan Darat di ambil sempena sejarah perniagaan orang dahulu. Pekan Darat dahulunya terkenal sebagai pusat perniagaan Sistem Barter. Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan atau perkhidmatan lain. 

Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.Dahulunya Pekan Darat diterokai oleh Orang Acheh dan Orang Patani.Merekalah yang memulakan perniagaan sistem barter.Orang-orang darat datang ke sini untuk melakukan perniagaan sistem barter.

Disebabkan kedatangan orang darat kesini maka tempat ini mula dikenali sebagai Pekan Darat.Pekan bagi orang-orang darat melakukan perniagaan Sistem Barter.Sekarang Pekan Darat bukan lagi pusat perniagaan seperti dahulu.

Disini dapatlah dirumuskan bahawa kewujudan kampung Pekan Darat adalah sekitar tahun 1791 dimana sejarah KeSultanan Sultan Kedah telah menyebut kewujudan kampung ini ketika hendak menyerang Francis Light untuk mendapatkan semula Pulau Pinang.


Sumber Maklumat :





No comments:

Post a Comment