Tuesday 8 August 2017

 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-60"

ikhlas dari : JKKKP Pekan Darat


08/08/2017 (Selasa) - Bagi mempertingkatkan kemudahan dan keselesaan bagi penduduk, pihak kerajaan persekutuan melalui ICU, JPM telah meluluskan peruntukan untuk kerja-kerja penurapan baru jalan kampung sediada. Oleh itu, diharap keselesaan penduduk  dapat dipertingkat dan digunakan sebaik mungkin.






LAWATAN PENANDA ARAS KE KRABI, THIALAND



06/08/2017 (Ahad) - Satu lawatan penanda aras telah di buat dengan memilih Krabi, Thailand sebagai destinasi pilihan. Lawatan ke OTOP Thailand, bagi melihat sendiri industri desa yang dijalankan oleh penduduk kampung bagi menjana pendapatan penduduk. Selain itu, beberapa lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Krabi dan Hatyai, Thailand.

Tarikh Lawatan : 4 - 5 Ogos 2017 (Jumaat -Ahad)





Friday 21 July 2017

Majlis Anugerah Desa Perdana 2017 - Peringkat Daerah

21/07/2017 (Jumaat) - Majlis Anugerah Desa Perdana 2017- Peringkat Daerah Pulau Pinang telah berlangsung dI institut latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Seberang Perai Selatan dan dirasmikan oleh Dato Seri Zainal Abidin, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri. kampung Pekan Darat telah berjaya merangkul tempat pertama bagi peringkat daerah. Tahniah diucapkan. Semoga dapat diteruskan kecemerlangan ini pada masa hadapan.








Thursday 6 July 2017

Wednesday 21 June 2017

Majlis Iftar dan Penyerahan Bantuan Sempena Aidilfitri 1438H

Majlis Iftar dan Penyerahan Bantuan kepada Penduduk Pekan Darat oleh Ketua UMNO Cawangan Pekan Darat YB Yusoff bin Mohd Noor ADUN Sg. Dua. Tarikh : 21/06/2017(Isnin) Tempat : Dewan UMNO Pekan Darat.

Program Memasak Bubor Lambuk

Pada 17 Jun 2017, JKKKP Pekan Darat bersama Pemuda UMNO Pekan Darat telah menganjurkan 1 program gotong-royong memasak bubor lambuk di perkarangan Dewan UMNO Pekan Darat. Setelah siap bubur tersebut diagihkan kepada penduduk sekitar kampung.

Sunday 21 May 2017

Panel ADP 2017 Negeri

19 Mei 2017 (Jumaat) - Kehadiran panel-panel penilai Anugerah Desa Perdana yang diketuai oleh Encik Mohd Zulkifli bin Ani ke Kampung Pekan Darat. Kehadiran para panel di sambut meriah dengan perarakan bunga manggar dan pertunjukkan silat. 



         




                                 


Monday 15 May 2017

Jemputan ke Majlis sesi Penilaian Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Negeri Pulau Pinang




Tempat : Dewan UMNO Pekan Darat
Tarikh : 19/05/2017 (Jumaat)
Jam : 9.00 Pagi

Semua penduduk kampung Pekan Darat dan Sekitar dijemput hadir bagi memeriah kan majlis.






Lam Jo Fc Pekan Darat  

Johan Bolasepak Liga Veteran Tasek Gelugor





Pada 1 Mei 2017 yang lalu Kampung ini telah dihadiri oleh 8 orang  Penilai dari pelbagai agensi untuk membuat Penilaian  Anugerah Desa Perdana 2017 - Peringkat Daerah Seberang Perai Utara. Alhamdulillah, hasil usaha penduduk kampung dan Ahli JKKKP Pekan Darat, kampung ini telah berjaya menjadi Johan Peringkat Daerah Seberang Perai Utara.

Panel Penilai sedang melihat hasil Produk Pandai Besi Pekan Darat

Sesi bergambar Ahli JKKKP Pekan Darat bersama Panel